MAK ENON (MOYANG)

 Allahyarhamah MAK ENON (MOYANG SAYA) Mak Enon atau nama sebenarnya Amon @ Ainon Chik dilahirkan di Geylang serai,singapura pada tahun 1911. Ayahnya berdarah Bugis,manakala ibunya pula berketurunan Cina,Keluarganya berasal dari Kuching,Sarawak Beliau adalah anak bongsu dari empat beradik. 

Mak Enon
Kelahiran
Amon @ Ainon Chik

1911
Meninggal duniaApril 1992
Tahun aktif1930-1982
PasanganKassim, 
Shariff baboo
Hamzah Dolmatt 
Haji Mahadi 

Beliau memang dari kecil lagi meminati bangsawan. Selain sering menonton pertunjukan wayang bangsawan, Mak Enon sesekali mencuri masuk ke dalam panggung. 

Pembabitannya dalam dunia seni bermula sebagai pelakon bangsawan pada tahun 30-an di Singapura, ketika umurnya 16 tahun. Ketika itu beliau menjadi penyanyi bidan terjun untuk satu persembahan bangsawan Wak Naning dengan menyanyikan lagu Aladdin dan Cik Mamat. Kedua-dua lagu ini dinyanyikan Miss Tijah, yang popular ketika itu. 

Nyanyian Mak Enon menarik perhatian seorang pemilik kumpulan bangsawan yang kemudian mengambilnya sebagai pekerja tetap dengan gaji RM40 sebulan. Sejak itulah, beliau dikenali ramai dan sering menyertai persembahan bergerak di Indonesia. Antara kumpulan bangsawan yang pernah disertainya ialah City Opera, Genani Star Opera dan panggung New World Hall. 

Empat tahun kemudian, beliau bergelar Seri Panggung atau primadona dan bersama-sama Kumpulan Royal Opera, Mak Enon dibawa menjelajah Palembang, Sumatera dan Jawa. 

Semasa bersama kumpulan inilah, Mak Enon bertemu jodoh dengan seorang pemuzik bernama Kassim. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1932. Malangnya, jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah tidak lama selepas itu. 

Sepanjang hayatnya, Mak Enon pernah berkahwin beberapa kali. Antara suaminya ialah Shariff baboo (Allahyarham) Hamzah Dolmat (Allahyarham) dan pelakon Haji Mahadi (Allahyarham). Hasil perkahwinannya itu, beliau memperolehi 16 orang anak tetapi lapan daripadanya meninggal dunia dan mempunyai 30 orang cucu. 

Hasil perkahwinan bersama shariff baboo di kurniakan 3 orang anak 

1. Kelana bin shariff

2 wijayamala bte shariff 

3 sunny bin shariff 

Pada tahun 1950, Mak Enon kembali ke Singapura selepas bertahun-tahun berada di Indonesia. Beliau aktif dalam dunia seni dengan menjadi anak joget di Singapore New World. Ketika berada di kelab ini, Mak Enon memiliki keistimewaanya tersendiri iaitu berkebolehan menyanyi dalam bahasa Jepun,Tamil,Jawa,Hindustan dan Minangkabau.

Pada 1945, Mak Enon dipilih memegang peranan Prince Hamlet untuk drama pementasan Inggeris arahan Shariff medan,Pementasan berjudul Prince Hamlet dibuat atas permintaan kerajaan Inggeris. 

Pada 1960 ketika berumur 49 tahun, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan memulakan penghidupan baru dengan berniaga nasi lemak. 

Mak Enon pernah mengikat kontrak dengan Shaw brothers dan dipelawa membintangi beberapa filem seperti Si Bongkok dan Laksamana do re mi arahan P.Ramlee pada 1972. 

Filem lain ialah Keluarga si comat arahan Aziz satar pada tahun 1975, diikuti Sayang anak ku sayang  (arahan Jamil sulong, 1976), Filem panglima badul (Hussien abu hassan, 1978), Dayang suhana (Aziz abad 1978), Tuan Besar (Malek selamat , 1980) selain turut terbabit dalam filem arahan Othman hafsham pada tahun 1983 iaitu Mekanik. 

Beliau kerap diundang menjayakan pertunjukan pentas dan pelbagai program dan drama TV. Malahan beliau juga sering dibawa mengikuti rombongan artis dengan menyertai beberapa festival filem dalam dan luar negara, seperti Festival filem asia pasifik di Kuala lumpur pada tahun 1982

Mak Enon meninggal dunia pada kira-kira jam 6 pagi, pada April 1992 (subuh aidilfitri)  di sisi menantunya, Perani Pramout dan anaknya, wijayamala shariff berada di sisinya.

AlFatihah buat arwah moyang ku ainon @ amon binti chik. (MAK ENON) 

Comments